Tarikh Bayaran Bonus Khas Penjawat Awam 2017

|  2 ulasan

Bayaran bonus khas kakitangan awam 2017. "Bayaran Khas Tahun 2016" ialah pemberian khas kerajaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan persekutuan sepertimana diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2017. Ia sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas perkhidmatan yang terpuji oleh kakitangan awam.

Ia akan dibayar pada bulan Januari 2017. Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran bantuan khas tersebut seperti dinyatakan dalam surat pekeliling ANM Peraturan Pembayaran Khas Tahun 2016 (rujuk sini):


Tarikh & Kadar Bayaran Khas Kakitangan Awam

Penerima Amaun Tarikh Pembayaran
Kakitangan awam RM500 3 Januari 2017
Pesara kerajaan RM250 3 Januari 2017

bayaran khas 2017 kakitangan awam

Pemberian khas ini tidak akan dikira sebagai pendapatan untuk tujuan cukai pendapatan, tidak perlu dicarumkan ke KWSP, dan tidak perlu dicarumkan ke PERKESO.

Semoga bayaran khas untuk kakitangan awam ini akan menjadi motivasi kepada kakitangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk 2017 dan tahun-tahun seterusnya.

2 ulasan

Bintang Sukan

Bintang Sukan

25 Oktober, 2016 17:17
Harap bonus yang diberi dapat membantu kakitangan awam.
Unknown

Unknown

04 November, 2016 13:56
Ini bukan Bonus..Ini adalah Pemberian Khas .. Alhamdulillah.. :)

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top