Semakan Senarai Hitam PTPTN

Cara menyemak senarai hitam PTPTN. Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh disenarai hitamkan. Salah satu implikasinya ialah individu yang diblacklist PTPTN tidak akan dibenarkan memperbaharui pasport dan dihalang ke luar negara.

Untuk mengetahui status samada anda disenarai hitam atau tidak, anda boleh membuat semakan, secara percuma.


Cara Menyemak Senarai Hitam PTPTN

Semakan status senarai hitam PTPTN boleh dilakukan secara online atau melalui saluran-saluran berikut :

semakan senarai hitam PTPTN blacklist

Sekiranya peminjam disenarai hitam oleh imigresen, kemungkinan besar peminjam juga mempunyai rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Untuk mengeluarkan nama daripada senarai hitam dan memperbaiki rekod buruk CCRIS, peminjam hendaklah menjelaskan keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN untuk menstruktur semula pembayaran pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Semoga info semakan senarai hitam PTPTN memberi manfaat kepada kepada para peminjam.