Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Anda boleh disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai sebab dan kesalahan. Individu yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan membuat atau memperbaharui pasport dan akan dihalang ke luar negara.

Jika anda merancang ke luar negara, jangan ambil mudah, ada baiknya anda semak dahulu samada anda di blacklist oleh Imigresen atau tidak.

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Online

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mewujudkan laman web di mana warganegara Malaysia boleh menyemak status dokumen perjalanan (pasport) dan perjalanan ke luar negara mereka secara online.

semakan senarai hitam imigresen blacklist

Cara Semak Status Perjalanan Ke Luar Negara

Untuk menyemak status anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Lawati laman web aplikasi Semakan Status Perjalanan Imigresen di pautan berikut:

    https://sspi.imi.gov.my/sspi/

    Semakan Status Perjalanan ke Luar Negara Senarai Hitam Imigresen Online

  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang "Semak".
  3. Semak status yang dipaparkan.

    Keputusan status yang anda mahu ialah "Tiada Halangan" atau "No Restriction".

Jika anda disenarai hitam, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000 untuk mengenalpasti agensi yang mengeluarkan perintah senarai hitam terhadap anda, sebab anda disenarai hitam dan untuk mendapatkan nasihat bagaimana untuk mengeluarkan nama anda dari senarai hitam.

Punca Individu Disenarai Hitam

Antara sebab-sebab individu disenarai hitam (dan dilarang ke luar negara) ialah kebangkrapan, gagal membayar cukai pendapatan, menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara, kegagalan membayar levi pekerja warga asing, kegagalan melunaskan pinjaman PTPTN, terlibat dalam jenayah atau kes-kes yang melibatkan jenayah.

Agensi Yang Menyenarai Hitam

Terdapat 13 agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan yang menyerahkan senarai nama blacklist kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan sekatan ke luar negara.

Diantaranya ialah Jabatan Insolvensi Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pendaftaran Malaysia, Mahkamah dan Jabatan Penjara.

Semoga maklumat semakan senarai hitam Imigresen ini dapat membantu melancarkan perancangan anda untuk ke luar negara.