Senarai Yang di-Pertuan Agong

Senarai Yang di-Pertuan Agong | Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong digilirkan setiap lima tahun dari kalangan sembilan raja-raja Melayu dari negeri-negeri beraja (iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor). Pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia.


Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Berikut adalah senarai nama Yang di-Pertuan Agong yang pertama sehingga yang terkini:

No. Nama Yang di-Pertuan Agong Negeri Tempoh Pemerintahan
Pertama
(1)
Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Negeri Sembilan 31.08.1957 hingga 01.04.1960
Kedua
(ke-2)
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Selangor 14.04.1960 hingga 01.09.1960
Ketiga
(ke-3)
Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail Perlis 21.09.1960 hingga 20.09.1965
Keempat
(ke-4)
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Terengganu 21.09.1965 hingga 20.09.1970
Kelima
(ke-5)
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Kedah

21.09.1970
hingga 20.09.1975

Keenam
(ke-6)
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Kelantan 21.09.1975 hingga 29.03.1979
Ketujuh
(ke-7)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Pahang 26.04.1979 hingga 25.04.1984
Kelapan
(ke-8)
Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Johor 26.04.1984 hingga 25.04.1989
Kesembilan
(ke-9)
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Perak 26.04.1989 hingga 25.04.1994
Kesepuluh
(ke-10)
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Negeri Sembilan 26.04.1994 hingga 25.04.1999
Kesebelas
(ke-11)
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Selangor 26.04.1999 hingga 21.11.2001
Kedua belas
(ke-12)
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Perlis 13.12.2001 hingga 12.12.2006
Ketiga belas
(ke-13)
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Terengganu 13.12.2006 hingga 12.12.2011
Keempat belas
(ke-14)
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Kedah 13.12.2011 hingga 12.12.2016
Kelima belas
(ke-15)
Sultan Muhammad V Kelantan 13.12.2016 hingga sekarang

senarai yang dipertuan agong pertama hingga sekarang

Klik pada gambar untuk paparan besar dan jelas

Semoga senarai nama Yang di-Pertuan Agong ini berguna sebagai rujukan pembaca.

Sumber: Laman web Majlis Raja-Raja dan Bernama

Click to go to top