Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2020

Makluman tarikh akhir pengeposan item Pos Laju sempena perayaan Tahun Baru Cina 2020. Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir perkhidmatan pengeposan dan permintaan pungutan Pos Laju sempena sambutan Tahun Baru Cina / Chinese New Year CNY 2020.

[Baharu] Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2021

Untuk memastikan bungkusan pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum cuti perayaan Tahun Baru Cina 2020 (25 - 26 Januari 2020), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 20 Januari 2020.

Bagi item Pos Laju yang dipos selepas 20 Januari 2020, serahan hanya akan dilakukan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Tarikh Akhir Pos Laju Sempena Tahun Baru Cina CNY 2020

Semua Pusat Pos Laju di seluruh negara akan ditutup mulai 25 Januari sehingga 27 Januari 2020 kecuali Pusat Pos Laju negeri Johor dan Kedah yang akan dibuka pada 27 Januari 2020.

Selamat Tahun Baru Cina!