Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2017

Syarat dan tarikh agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) RM100 2017. BKAP1M bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan di awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga pelajar.


Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BKAP1M)

BKAP1M sebanyak RM100 seorang hanya layak untuk murid sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Pelajar dari keluarga yang berpendapatan isi rumah melebihi RM3,000 sebulan tidak layak untuk menerima bantuan.


Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan

Bayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan dijangka akan diagihkan di sekolah kepada ibubapa atau penjaga pelajar mulai hujung bulan Januari 2017.

Sebarang maklumat baharu tarikh pembayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia akan kami kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

bantuan sekolah RM100

Semoga info syarat serta tarikh agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) 2017 ini bermanfaat buat para pembaca.

Click to go to top