Pendaftaran Calon Persendirian PT3, SPM, SPMU dan STAM 2017

Tarikh pendaftaran calon persendirian PT3, peperiksaan SPM, SPMU dan STAM tahun 2017. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Penilaian Tingkatan 3 (PT3), peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2017 adalah mulai 1 hingga 31 Mac 2017.

tarikh pendaftaran peperiksaan calon persendirian pt3, spm, spmu dan stam

Pendaftaran hendaklah dibuat secara manual di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat.

Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan dan kiriman wang hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 31 Mac 2017. Permohonan lewat tidak akan dilayan.