Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/2019 Online

|  0 ulasan

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019. Pendaftaran murid Tahun Satu ambilan 2018 dan 2019 boleh dilakukan secara online bagi Semenanjung Malaysia dan secara walk in bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.


Tempoh Permohonan Pendaftaran Dibuka

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.


Cara Mendaftar Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019


⦿ Semenanjung Malaysia

Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang pendaftaran online.

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my

Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini.

pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2018 2019 Online


⦿ Sabah, Sarawak dan Labuan

Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan ke Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual dengan menghadirkan diri di sekolah yang berhampiran untuk mengisi borang.

Semoga maklumat pendaftaran murid tahun satu ini bermanfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki alam persekolahan.

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top