Semakan Keputusan Dan Rayuan Kemasukan Prasekolah 2021

Semakan keputusan permohonan dan rayuan kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2021. Semakan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020.

Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah

  • Bagi permohonan secara Online

    Semakan boleh dibuat secara online melalui laman sesawang:

    https://eprasekolah.moe.gov.my

  • Bagi permohonan secara manual melalui sekolah

    Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon.

semakan keputusan permohonan prasekolah

Rayuan Permohonan Prasekolah

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2020.

  • Bagi permohonan secara online yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara online melalui laman sesawang:

    https://eprasekolah.moe.gov.my

  • Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/ PPW.

Keputusan rayuan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2021 boleh dibuat mulai 10 September 2020.

Semoga maklumat mengenai semakan dan rayuan kemasukan ke prasekolah ini bermanfaat buat para pembaca.