Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 2018

Permohonan secara online kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2018 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dibuka mulai 19 September 2017.

MARA mempelawa calon-calon yang cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke MRSM. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

Sebelum memohon, sila baca dahulu iklan permohonan dan panduan mengisi borang permohonan. Iklan permohonan mengandungi maklumat penting mengenai permohonan seperti program yang ditawarkan serta syarat-syarat kelayakan.

Untuk memohon ke SBP, sila klik Permohonan ke SBP 2018.

permohonan MRSM 2018 tingkatan 1 tingkatan 4


PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1

Permohonan dibuka kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2017.

Berikut adalah pautan iklan dan syarat kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2018:

  • Iklan kemasukanTingkatan 1 MRSM boleh didapati di sini.
  • Syarat umum kelayakan masuk ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibaca di sini.


Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 1

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 ambilan 2018 adalah seperti berikut:

  1. Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form1/registerUser.jsp

  2. Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan / sijil kelahiran dan kata laluan untuk login:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

  3. Cetak borang permohonan dan simpan.


PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4

Berikut adalah capaian iklan dan syarat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2018:

  • Iklan kemasukan Tingkatan 4 MRSM boleh didapati di sini.
  • Syarat umum kelayakan masuk ke Tingkatan 4 MRSM boleh didapati di sini.


Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 4

Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 ambilan 2018 adalah seperti berikut:

  1. Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form4/registerUser.jsp

  2. Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk login:

    https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

  3. Cetak borang permohonan dan simpan.


Tarikh Tutup Permohonan MRSM 2018

Tarikh tutup permohonan kemasukan ke MRSM 2018 Tingkatan 1 & 4  ialah pada 31 Oktober 2017.


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2018

Keputusan permohonan ke MRSM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Maklumat semakan keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2018 akan dikemaskini kemudian.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh MARA. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan  sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap tidak berjaya.

Nota: Pemohon yang ditawarkan atau sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Click to go to top