Tarikh Bayaran Bonus Khas Penjawat Awam 2018

Tarikh bonus khas 2018 untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan persekutuan. Terdapat dua bayaran bonus menanti penjawat awam dan pesara kerajaan persekutuan di tahun 2018, iaitu Bayaran Khas Tahun 2017 (bantuan awal tahun) dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 (bonus raya). Ia sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas perkhidmatan kakitangan awam.

Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran bantuan khas tersebut seperti dinyatakan dalam surat pekeliling Bayaran Khas Tahun 2017 di sini dan pekeliling Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 di sini.


Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara 2018

Nama Pembayaran Tarikh Pembayaran Amaun
Kakitangan Awam Pesara Kerajaan
Bayaran Khas 2017 8 Jan 2018 RM1000 RM500
Bayaran Khas Saguhati Aidilfitri
(Untuk Gred 41 ke bawah sahaja)
5 Jun 2018 RM500 RM400 RM250 RM200

bayaran bonus khas penjawat awam

Kedua-dua pemberian khas ini tidak akan dikira sebagai pendapatan untuk tujuan cukai pendapatan, tidak perlu dicarumkan ke KWSP, dan tidak perlu dicarumkan ke PERKESO.

Semoga bayaran khas untuk kakitangan awam ini akan menjadi motivasi kepada kakitangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk 2018 dan tahun-tahun seterusnya.

Click to go to top