Semakan Tawaran ke MRSM 2021 Tingkatan 1

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pengambilan 2021.

Bagi pelajar yang telah memohon, semakan tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 MRSM kemasukan boleh di buat secara online.

Bagi tawaran Tingkatan Empat, sila layari Semakan Permohonan MRSM 2021 Tingkatan 4.

Tarikh Keputusan Permohonan / Tawaran ke MRSM

Keputusan permohonan ke MRSM Tingkatan 1 2021 akan diumumkan mulai 10 Mac 2021 jam 10.00 pagi.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).

Pada masa yang sama semakan juga boleh dibuat secara atas talian.

Cara Semak Keputusan MRSM Online

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 boleh dilakukan secara online. Sila layari halaman Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 di portal rasmi MARA, di pautan berikut:

https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1/

MRSM

Bagi pemohon yang berjaya, surat tawaran rasmi juga boleh dicetak di pautan ini.

Pemohon yang berjaya hendaklah mengesahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran.

Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1

Bagi pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, anda boleh mengemukakannya dengan menekan butang rayuan menerusi pautan yang sama. Permohonan rayuan boleh dikemukakan bermula pada hari yang sama keputusan tawaran diumumkan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 / 4533 / 4532 / 4531.

Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran untuk memasuki Form 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2021. Kepada yang gagal, pastikan anda membuat rayuan.

Semoga maklumat berkaitan semakan status keputusan permohonan MRSM ini bermanfaat buat pembaca.