Kalendar Cuti Umum Johor 2020

Takwim cuti umum negeri Johor tahun 2020 untuk pengetahuan umum. Berikut adalah kalendar cuti umum atau hari kelepasan am negeri Johor bagi tahun 2019 dan 2020 sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Semoga kalendar cuti Johor ini dapat membantu warga Johor dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja dan percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.


Hari Cuti / Kelepasan Am Johor 2020

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Johor untuk tahun 2020.

(Dikemaskini pada 15 Disember 2019)

Bil. Tarikh (2020) Hari Hari Kelepasan Am
1 25 Januari Sabtu Tahun Baru Cina
2 26 Januari Ahad Tahun Baru Cina (hari kedua)
3 8 Februari Sabtu Hari Thaipusam
4 23 Mac Isnin Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor
5 24 April Jumaat Awal Ramadan
6 1 Mei Jumaat Hari Pekerja
7 7 Mei Khamis Hari Wesak
8 24 Mei Ahad Hari Raya Puasa*
9 25 Mei Isnin Hari Raya Puasa (hari kedua)*
10 6 Jun Sabtu Hari Keputeraan YDP Agong
11 11 Julai Jumaat Hari Raya Qurban*
12 20 Ogos Khamis Awal Muharram (Maal Hijrah)
13 31 Ogos Isnin Hari Kebangsaan
14 16 September Rabu Hari Malaysia
15 24 September Khamis Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
16 29 Oktober Khamis Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)
17 14 November Sabtu Hari Deepavali*
18 25 Disember Jumaat Hari Krismas

* Tertakluk kepada perubahan

Nota:

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor di sini

hari cuti umum Johor 2020


Hari Cuti / Kelepasan Am Johor 2019

Berikut adalah senarai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi tahun 2019.

(Dikemaskini pada 15 Oktober 2018)

Bil. Tarikh (2019) Hari Hari Kelepasan Am
1 21 Januari Isnin Hari Thaipusam
2 5 Februari Selasa Tahun Baru Cina / CNY
3 6 Februari Rabu Tahun Baru Cina / CNY (hari kedua)
4 23 Mac Sabtu Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor
5 1 Mei Rabu Hari Pekerja / Buruh (Labour Day)
6 6 Mei Isnin Awal Ramadan
7 19 Mei Ahad Hari Wesak
8 5 Jun Rabu Hari Raya Puasa / Aidilfitri *
9 6 Jun Khamis Hari Raya Puasa / Aidilfitri (hari kedua)*
10 11 Ogos Ahad Hari Raya Qurban / Aidiladha *
11 31 Ogos Sabtu Hari Kebangsaan / Kemerdekaan
12 1 September Ahad Awal Muharram (Maal Hijrah)
13 9 September Isnin Hari Keputeraan YDP Agong
14 16 September Isnin Hari Malaysia
15 5 Oktober Sabtu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
16 27 Oktober Ahad Hari Deepavali*
17 9 November Sabtu Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)
18 25 Disember Rabu Hari Krismas

* Tertakluk kepada perubahan

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2020 dan Kalendar Islam 2020 Masihi / 1441-1442 Hijrah Malaysia.

Semoga perkongsian kalendar cuti umum Negeri Johor Darul Ta'zim bagi tahun 2020 ini bermanfaat buat para pembaca khususnya warga Johor. Senarai ini boleh dijadikan panduan dalam merancang aktiviti percutian bersama keluarga, mengadakan kenduri / jamuan, riadah, ziarah dan sebagainya.