Semakan Keputusan STPM Semester 2 2018 Secara Online Dan SMS

Semakan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM Semester 2 2018. Keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 Semester 2 akan diumumkan pada 1 Ogos 2018.

Calon-calon boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Keputusan peperiksaan boleh juga disemak secara online atau melalui SMS.


Semakan Keputusan STPM Secara Online

Untuk meyemak secara online sila layari halaman Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 (S2) STPM 2018 di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 10.00 pagi 1 Ogos 2018 di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP2


Semakan Keputusan STPM Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan keseluruhan STPM Semester 2 2018 akan diaktifkan bermula 10:01 pagi 1 Ogos dan berakhir pada 6:00 petang 31 Ogos 2018.

semak keputusan stpm semester 2 2018

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM Semester 2 2018 melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STPM<jarak>RESULTS2<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: STPM  RESULTS2  940325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!