Semakan Wang Tak Dituntut WTD Online Melalui eGUMIS

eGUMIS semakan Wang Tak Dituntut secara online. Cara membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian melalui sistem eGUMIS. Sistem ini akan membolehkan semakan WTD dibuat tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM).

Untuk makluman pembaca, buat masa ini kemudahan semakan WTD secara online eGUMIS masih belum diaktifkan. Sistem eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System ini difahamkan akan mula beroperasi pada suku kedua tahun 2018.


Definisi WTD

Wang Tak Dituntut (WTD) ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana yang telah ditetapkan oleh Akta WTD 1965.


Jenis-jenis WTD

Menurut Seksyen 8 Akta WTD 1965, WTD terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:

  1. Wang yang kena dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun, contohnya gaji, bonus, komisen kepada kakitangan dan dividen.
  2. Wang di dalam kredit sesuatu akaun yang telah dorman/tidak aktif melebihi tujuh tahun, contohnya akaun simpanan, akaun semasa dan simpanan tetap.
  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun, contohnya akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

Wang Tak Dituntut tersebut hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD, iaitu Akauntan Negara Malaysia sebagai pemegang amanah akan menyimpan wang tersebut sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak.

Empunya atau mana-mana pihak yang dapat membuktikan beliau mempunyai hak di sisi undang-undang terhadap WTD, boleh membuat tuntutan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada bila-bila masa.

semakan WTD online eGUMIS


eGUMIS: Sistem Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)

Aplikasi eGUMIS akan memudahkan orang ramai menyemak status WTD sebelum permohonan tuntutan WTD dapat dibuat. Semakan dapat dibuat secara online dari rumah pada bila-bila masa, tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM).

Berikut dikongsikan maklumat terkini mengenai semakan WTD secara online melalui eGUMIS.


⦿ Tarikh Semakan WTD Online Melalui eGUMIS

Sistem semakan WTD online eGUMIS atau sistem akan dibuka mulai:

  • Dijangka bermula pada suku kedua 2018


⦿ Pautan Aplikasi Semakan eGUMIS

Sistem eGUMIS boleh diakses melalui pautan berikut:

Semoga info mengenai kemudahan semakan WTD online ini akan membantu orang ramai mengesan samada mereka mempunyai Wang Tak Dituntut dan seterusnya menuntut kembali duit tersebut.

Click to go to top