Intipati Manifesto Barisan Nasional PRU14

Manifesto BN untuk PRU14 2018. Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bertemakan "BERSAMA BN HEBATKAN NEGARAKU". Manifesto BN kali mengandungi 14 teras utama serta 300 inisiatif dan merupakan manifesto yang komprehensif dan inklusif yang menyentuh semua strata rakyat Malaysia.

Barisan Nasional terdiri dari gabungan 13 parti politik yang mewakili pelbagai bangsa, agama, suku kaum dan kumpulan etnik di Malaysia iaitu UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, myPPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, PDP dan PRS.

[Berkaitan] Intipati Manifesto Pakatan Harapan PRU14

Palimen telah dibubar dan tarikh mengundi 2018 telah ditetapkan. Bagi pengundi berdaftar, sila semak daftar pemilih untuk mengetahui status terkini lokasi mengundi serta butiran lain.


14 Teras Manifesto Bagi BN PRU-14

manifesto-barisan-nasional-pru-14

Berikut adalah 14 teras utama yang terkandung di dalam manifesto Barisan Nasional untuk tatapan pembaca.

  1. Ekonomi Keperluan Rakyat
  2. Kemampanan dan Kemakmuran Ekonomi Negara
  3. Perumahan Keperluan Rakyat
  4. Pemacuan Modal Insan dan Kecemerlangan Pendidikan
  5. Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami
  6. Membahagia dan Menjayakan Wanita Negara
  7. Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan
  8. Kesejahteraan Generasi Emas dan Warga Kelainan Upaya
  9. Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa
  10. Mengutamakan Kesejahteraan Sosial dan Kualiti Hidup Rakyat
  11. Membina Infra Rakyat dan Meningkatkan Kesalinghubungan
  12. Memperkukuh Agenda Bumiputera dan Mempertahan Kesyumulan Islam
  13. Tabdir Urus Yang Baik dan Penyertaan Rakyat
  14. Meraikan Perbezaan, Merapatkan Jurang


Intipati Manifesto BN PRU 14

Berikut adalah intipati kandungan manifesto BN mengikut kategori:

Kos sara hidup

  • Meningkatkan gaji minima kepada RM1,500 dalam lima tahun.
  • Pas pengangkutan awam tanpa had untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU sebanyak RM50-RM150.
  • Memperkenalkan kadar dividen berperingkat untuk unit PNB, Tabung Haji, LTAT, dll (kecuali KWSP) agar agihan lebih adil.
  • Menurunkan had kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.
  • Mengurangkan kos langganan jalur lebar 50% dan gandakan kelajuan.
  • Meningkatkan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah.
  • Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan.
  • Memperluaskan dana Skim Bantaun Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.
  • RM222 juta bantuan khas untuk peneroka Felcra, Kesedar dan Ketengah.

Kebajikan

  • BR1M berlandaskan perilaku penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak diimunisasikan.
  • Bantuan 'one-off' RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang masuk universiti.
  • Menaikkan geran sepadan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) kepada RM1,000.
  • Meningkatkan bantuan RM500 untuk bayi baru lahir di bawah program ADAM50.
  • Tujuh hari cuti tahunan bagi golongan ibu untuk menjaga anak-anak yang sakit

Felda

  • Insentif RM5,000 untuk setiap peneroka Felda.
  • Geran tanam semula RM7,500/hektar untuk peneroka Felda.
  • Melupuskan hutang pembelian saham FGV untuk peneroka Felda.
  • RM300 juta untuk perlupusan hutang luar biasa untuk peneroka Felda.
  • RM300 juta untuk mewujudkan komuniti pintar dan ekonomi setempat di bawah Felda 2.0.

Cukai

  • Menyemak semula kadar cukai pendapatan individu dan korporat.
  • Melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk pemulihan projek perumahan terbengkalai.
  • Kadar pelepasan cukai pendapatan untuk kos perubatan ibu bapa dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.
  • Pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah.

Pendidikan

  • Memperkenalkan kad diskaun untuk pelajar.
  • Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).
  • Memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.
  • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dinaik taraf menjadi Universiti P.Ramlee.
  • Mewujudkan universiti al-Quran.

Keselamatan

  • Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sempadan Malaysia.
  • Meingkat kemampuan kuasa persenjataan dalam Esszone.
  • Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC).
  • Menubuh Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman.
  • Menambah jumlah CCTV HD

Negara

  • Perjanjian Malaysia 1963 akan dipenuhi berdasarkan konsensus.
  • Tiada kategori "lain-lain" dalam borang atas talian kerajaan.
  • Menubuhkan jawatankuasa untuk memperkasa mahkamah syariah.
  • Meningkatkan penglibatan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam dan universiti awam.
  • Menghapuskan harga berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak.
  • Memperkasa komuniti Dayak dan Kadazandusun.
  • Menyiapkan MRT3, LRT3 dan KL-Singapura HSR.

Pentadbiran cekap

  • Memperkenalkan Akta Pembiayaan Politik.
  • Memperkenalkan petisyen awam yang mewajibkan jawapan kerajaan jika mempunyai lebih daripada 30,000 penanda tangan atas talian.
  • Menubuhkan badan rasmi yang akan menyiasat dakwaan layanan tidak adil oleh agensi kerajaan.
  • Mesyuarat majlis tempatan akan disiarkan di televisyen dan laporan audit akan dibuka untuk umum.

Sumber intipati dari Malaysiakini.

Untuk perincian teras dan inisiatif, sila rujuk manifesto penuh dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun di sini (29 MB).

Click to go to top