Kalendar Islam 2019 Masihi / 1440-1441 Hijrah

Berikut adalah kalendar atau takwim Islam JAKIM dan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2019M / 1440-1441H bagi Malaysia.

Kalendar Hijriah ialah kalendar lunar/qamariah, yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

[Baharu] Kalendar Islam 2020 Masihi / 1441-1442 Hijrah Malaysia

Manakala kalendar Masihi adalah kalendar solar/syamsiah, yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.

Perbezaan bilangan hari dalam setahun Hijrah dan setahun Masihi menyebabkan tarikh-tarikh penting dalam Islam (yang ditetapkan menggunakan kalendar Hijrah) akan berubah setiap tahun Masihi.


Kalendar/Takwim Islam Malaysia 2019

Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masihi/Miladiah (teks hitam) dan kalendar Hijriah (teks merah) berdasarkan takwim yang diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tarikh dengan warna latar kuning emas menandakan hari permulaan bulan Islam/Hijriah.

Kalendar Islam Masihi-Hijrah 2019 1440-1441H

Sila klik pada gambar untuk paparan saiz penuh yang lebih jelas


Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2019 Malaysia

Tarikh Hijri Tarikh Masihi / Miladi Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 1440 3 April 2019 Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1440* 6 Mei 2019 Awal Ramadan / Permulaan Puasa
17 Ramadan 1440 22 Mei 2019 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1440* 5 Jun 2019 Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1440 2 Ogos 2019 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1440* 11 Ogos 2019 Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharram 1441 1 September 2019 Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1441 9 November 2019 Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Sumber : Takwim hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.

Semoga maklumat mengenai takwim Hijriah ini berguna buat para pembaca dalam membuat semakan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam di Malaysia. Diharap kalendar ini akan memudahkan para pembaca untuk merancang melakukan amalan-amalan yang bersesuaian dengan sambutan hari-hari perayaan dan kebesaran Islam seperti puasa sunat, doa khusus dan sebagainya.

Baca juga: