Kupasan Mutu Jawapan KMJ SPM 2017

Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2017 mengandungi maklumat tentang prestasi calon dalam sebilangan besar mata pelajaran dalam peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Setiap KMJ dilengkapi dengan penjelasan tentang prestasi terperinci bagi setiap soalan SPM 2017. Ulasan prestasi terperinci setiap soalan disusuli dengan pernyataan tentang kekuatan dan kelemahan calon dalam menjawab soalan serta kesilapan yang sering kali ditemui.

KMJ disediakan oleh panel yang terdiri daripada Ketua Pemeriksa, Ketua Pemeriksa Bersama dan Ketua Pasukan mata pelajaran berkenaan dengan mengambil kira maklumat daripada semua pemeriksa di bawahnya.

KMJ boleh digunakan sebagai panduan untuk menjawab soalan-soalan percubaan SPM dan soalan sebenar SPM tahun-tahun lepas sebagaimana yang dikehendaki pemeriksa.

Kupasan Mutu Jawapan SPM


Senarai Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017

Di sini kami kongsikan bahan KMJ SPM 2017 kertas-kertas soalan terpilih yang dimuat naik oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pada link yang disediakan untuk download / muat turun.

Hakcipta bahan KMJ ini adalah milik mutlak Lembaga Peperiksaan. Sebarang bentuk penerbitan semula selain untuk tujuan pendidikan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Diharap Kupasan Mutu Jawapan SPM 2017 oleh Lembaga Peperiksaan ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan SPM nanti.