Semakan Keputusan UPKK 2018 Online Dan SMS

Tarikh pengumuman keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan cara membuat semakan. Keputusan UPKK bagi tahun akademik 2018 akan diumumkan keluar pada 18 Disember 2018. Keputusan ujian UPKK boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Semakan secara atas talian dan melalui SMS boleh dibuat mulai 11.00 pagi. Semakan keputusan di laman web dan secara SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan.

Calon-calon boleh memperolehi keputusan penuh di sekolah masing-masing mulai pukul 3.00 petang.


Semakan Keputusan UPKK 2018 Online

Semakan ringkasan keputusan peperiksaan UPKK secara atas talian boleh dibuat melalui Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM di pautan berikut:

http://semakan.islam.gov.my/

Masukkan nombor MyKid atau nombor Pengenalan Khas yang telah didaftarkan
sebelum peperiksaan UPKK 2018 dijalankan untuk menyemak.


Semakan Keputusan UPKK 2018 melalui SMS

Semakan melalui SMS boleh dilakukan mulai 11.00 pagi 18 Disember 2018 sehingga 11:00 pagi 25 Disember 2018. Berikut adalah cara menyemak keputusan ujian UPKK melalui perkhidmatan mySMS 15888:

Semakan UPKK 2018

  1. Taipkan:

    UPKK<jarak>RESULT<jarak>[No. MyKid]

    Contoh: UPKK  RESULT  071114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan. Perkhidmatan ini tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile. Tune Talk dan XOX.

Semoga maklumat semakan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2018 ini bermanfaat buat ibu bapa serta murid-murid yang telah mengambil ujian UPKK. Good luck!