Kadar Zakat Fitrah 2019 Setiap Negeri di Malaysia Dan Singapura

Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2019 Masihi / 1440 Hijrah. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam negeri masing-masing.

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada mana-mana asnaf yang layak menerima zakat, namun sebaiknya kepada amil yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.


Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Seluruh Malaysia

Berikut adalah kadar zakat fitrah untuk semua negeri bagi tahun 2019M/1440H dan kadar tahun lepas untuk perbandingan. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri akan dikemaskini sebaik ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam masing-masing.

Negeri Kadar Zakat Fitrah
2018 2019
Kelantan RM7.00 RM7.00
Terengganu RM7.00 RM7.00
Pahang RM7.00 RM7.00
Perlis RM7.00
Kedah RM7.00 RM7.00, RM14.00 & RM21.00
Pulau Pinang RM7.00 RM7.00
Perak RM7.00 RM7.00, RM14.00 & RM21.00
Selangor RM7.00
Negeri Sembilan RM6.50 RM7.00
Melaka RM6.70 RM7.00 & RM14.00
Johor RM7.00 RM7.00 & RM10.00
Sabah RM7.00 RM7.00
Sarawak RM7.00 RM7.00
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan RM7.00 RM7.00

Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga.

  1. RM7 : Beras Super Special Tempatan 5%
  2. RM14: Beras Super Import, Perang, Pulut, Wangi
  3. RM21: Beras Basmathi, Merah, Jepun

kadar zakat fitrah seluruh negeri malaysia 2019

Klik gambar untuk paparan besar dan jelas


Kadar Zakat Fitrah 2019 Bagi Singapura

Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.

Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 1440H / 2019 ialah $5.00 (kadar biasa) dan $7.00 (kadar tinggi).

Bagi tahun 2018, kadar zakat fitrah di Singapura ialah $5.00 (kadar biasa) dan $7.00 (kadar tinggi).

Kadar zakat fitrah negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Malaysia Singapura Singapore 2019

Semoga info kadar bayaran zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share.