Kalendar Peperiksaan STPM 2018

|  0 comments

Berikut adalah Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) untuk tahun 2018 sepertimana disiarkan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Jadual ini mengandungi tarikh pendaftaran peperiksaan dibuka, tarikh pendaftaran ditutup, tarikh ujian lisan Bahasa Arab dan tarikh peperiksaan bertulis.

Berikut adalah antara tarikh-tarikh penting peperiksaan STPM 2018 yang dinyatakan di dalam kalendar peperiksaan adalah tarikh pendaftaran dibuka, tarikh pendaftaran ditutup, tarikh ujian lisan dan tarikh peperiksaan bertulis:

  • STPM 2018 Penggal 1
    • Peperiksaan bertulis: 15, 16, 20 dan 21 November 2017
  • STPM 2018 Penggal 2
    • Pendaftaran dibuka: 15 Jun - 14 Julai 2018
    • Peperiksaan bertulis: 21, 22, 23, dan 24 Mei 2018
  • STPM 2018 Penggal 3
    • Pendaftaran dibuka: 15 Jun - 14 Julai 2018
    • Ujian lisan Bahasa Arab: 25, 26, 27 September dan 1, 2, 3 Oktober 2018
    • Peperiksaan bertulis: 13,14,15, 19 dan 21 November 2018
  • STPM 2018 Ulangan Penggal 1
    • Pendaftaran dibuka: 2 April 2018
    • Peperiksaan bertulis : 22, 26, 27 dan 28 November 2018
  • STPM 2018 Ulangan Penggal 2
    • Pendaftaran dibuka: 6 Ogos 2018
    • Peperiksaan bertulis: 29 November dan 3, 4 dan 5 Disember 2018

Sila rujuk kepada jadual di bawah untuk perincian. Semua tarikh pendaftaran dan peperiksaan STPM 2018 di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia.

kalendar peperiksaan STPM 2018 Klik imej untuk jadual besar & jelas

Fail pdf kalendar peperiksaan STPM 2018 boleh dimuat turun di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1664/1665.

Catat Ulasan

Cancel