Ringkasan Manifesto Pakatan Rakyat PRU 2013

|  0 ulasan

Setelah kita lihat manifesto Barisan Nasional di dalam post yang lepas, kini kita baca pula ringkasan Manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihan raya umum ke 13 (2013) yang bertajuk Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat.

manifesto pakatan rakyat pru 2013


KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Harga minyak turun
  • Caj elektrik lebih rendah
  • Caj air lebih rendah
  • Hapus tol
  • Hapus monopoli
  • Turunkan harga kereta
  • 150,000 rumah selesa mampu milik
  • Perbadanan Perumahan Negara: Pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik
  • Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN
  • Hapus AES. Batalkan saman AES.
  • Keadilan untuk warga FELDA
  • Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
  • Perkhidmatan wad percuma (kelas 2 dan 3) di semua hospital kerajaan
  • Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan


RAKYAT BERSAUDARA

  • Menghayati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat
  • Caruman Wanita Malaysia: Kerajaan akan menyumbang caruman RM50 sebulan bagi setiap isteri yang layak; manakala suami akan  menyumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan, mengikut kadar pendapatan
  • Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas): Bonus RM1,000 setahun
  • Bahasa kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkatkan
  • Bantuan tambahan RM300 bagi setiap murid setiap tahun untuk 1,854 Sekolah Agama Rakyat, SJKC, SJKT, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh
  • Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC)
  • Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan – kerjasama bersekutu, perwakilan yang adil, kewarganegaraan, pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat, kecekapan dan kemandirian Sabah dan Sarawak, keadilan dalam isu minyak, pembangunan sekata
  • Program segera untuk Sabah dan Sarawak – hapus sistem kabotaj, insentif pelaburan wujud pekerjaan, syarikat minyak milik Sabah dan Sarawak, lebuhraya merentas Sabah – Sarawak, hentikan pembinaan empangan yang merosakkan dalam sekitar dan mensesarkan rakyat
  • Menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%
  • Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara


EKONOMI RAKYAT

  • 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing secara berperingkat
  • Gaji minima RM1,100 sebulan; tabung RM2 bilion permudah pelaksanaan gaji minima
  • Skim Perintis Rakyat: melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknikal, menggabungkan peluang pekerjaan tetap dan persijilan kemahiran
  • 5 universiti teknikal dan 25 sekolah vokasional baru ditubuhkan
  • Reformasi pendidikan untuk merangsang ekonomi
  • Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan
  • IKS dan inovasi teras ekonomi negara – tabung inovasi RM500 juta, rombakan insentif percukaian
  • Pelarasan percukaian rakyat – kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi
    RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang
  • Ekonomi lestari – henti operasi Lynas, kaji semula fasa pelaksanaan RAPID, reformasi semua undang-undang berkait dengan pembalakan dan kawal selia pembalakan
  • Membela ekonomi dan kebajikan perajurit – RM500 juta Tabung Usahawan Kecil Perajurit, kenaikan caruman kerajaan ke dalam LTAT dari 15% ke 20% (diuruskan berasingan dari dana pencen), Dividen Perajurit iaitu imbuhan RM2,000 setahun kepada bekas perajurit tidak berpencen
  • Memberdayakan usahawan teksi dengan memberikan permit terus kepada pemandu teksi
  • Pengangkutan awam nadi ekonomi negara – pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, sistem bersepadu bas dan MRT di Lembah Klang, RM2 bilion untuk tambahkan bilangan bas dan jajaran sekali ganda, langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar pertama di rantau Asia Tenggara
  • Memecah monopoli merancakkan persaingan – Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, memecah monopoli telekomunikasi, makanan ruji, farmaseutikal dan lain-lain, membubarkan 1MDB, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan di dalam GLC melalui management buy-out (MBO) untuk lahirkan lebih ramai usahawan


KERAJAAN RAKYAT

  • Reformasi institusi Islam dan keagamaan
  • Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam
  • Pilihanraya yang bersih, adil dan telus
  • Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM
  • Reformasi Parlimen
  • Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media
  • Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik
  • Memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat
  • Memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) – merombak sepenuhnya agensi pencegahan rasuah, merombak tumpuan untuk menyiasat kes-kes berprofail tinggi dan berkepentingan awam, mengetatkan undang-undang rasuah

sumber: Leaflet Manifesto Rakyat

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top