APDM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) atau kini dikenali sebagai Modul Pengurusan Murid (PM) adalah sebahagian daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) secara online.

APDM merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan bersepadu. Sistem ini bertujuan mengelakkan guru-guru daripada memasukkan atau mengemaskini data berulang kali dalam pelbagai sistem perkhidmatan online yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Laman Web APDM

Pengguna boleh login ke dalam sistem APDM Pengurusan Murid di pautan berikut:

https://apdm.moe.gov.my/


Skop Data APDM

Semua data dan maklumat setiap murid ada tersimpan di dalam APDM / modul Pengurusan Murid. Ianya bermula seawal murid memasuki Darjah 1 sehingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk murid berkeperluan khas.

Di antara data murid yang dikendalikan APDM online ialah Profil Murid, Ibu Bapa dan Penjaga, Enrolmen Murid, Kehadiran, Penetapan Subjek, Bantuan dan Kebajikan, Pendaftaran Tahun 1, Peralihan dan Tingkatan 1, Disiplin dan Asrama.

Data Pengurusan Murid digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta digunakan dalam penghasilan laporan dan statistik setiap murid.

Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)  Pengurusan Murid

Semoga maklumat tentang Aplikasi Pangkalan Data Murid bermanfaat buat para guru kelas dalam mengemaskini data pelajar masing-masing.