Permohonan Dan Semakan Keputusan eGTukar 2021

EGTukar 2021. Semakan keputusan permohonan eGTukar dan penempatan bagi sesi Jun 2021. Permohonan pertukaran guru KPM Antara Bahagian / Antara Negeri / Antara Daerah dan Dalam Daerah secara online bagi pertukaran guru sesi Jun 2021 dan Januari 2022.

Permohonan perpindahan guru secara dalam talian ini adalah bagi pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah. Ia meliputi:

  • Guru Akademik

    - Gred DG29, DG32 (Time-based KUP), DG34 (Time-based KUP), DG38 (Time-based KUP), DG41, DG42 (KUP), DG44 (Time-based KUP), DG48(Time-based KUP), DG52 (Time-based KUP) dan DG54 (Time-based KUP)

  • Guru Cemerlang di sekolah sahaja

    - Gred DG32 (KUP), DG34 (KUP), DG38 (KUP), DG44 (KUP), DG48 (KUP), DG52(KUP), DG54 (KUP) dan Khas C (KUP)

  • Guru Tingkatan Enam yang telah dilantik, Guru Cemerlang Tingkatan Enam dan Guru Tingkatan Enam Tagging Bahagian Pengurusan Sumber Manusia gred setara atau tidak setara

    - Gred DG41 (tagging), DG44, DG48, DG52 dan Guru Cemerlang Tingkatan Enam

Sila rujuk Surat Siaran Pertukaran Sesi Jun 2021 untuk maklumat lanjut serta garis panduan.

Tempoh Permohonan Dibuka

Permohonan pertukaran guru bagi pertukaran guru sesi Jun 2021 dan Januari 2022 menerusi Modul eGTukar akan dibuka mulai mulai 15 Februari 2021 hingga 28 Mac 2021.

Cara Memohon Pertukaran Guru

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online di laman web aplikasi Sistem Pertukaran Guru Secara Online e-GTukar di pautan berikut:

https://epgo.moe.gov.my/

Bagi pengguna kali pertama, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu di sini untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Untuk maklumat lanjut sila baca Syarat Pertukaran (di sini) dan Panduan Permohonan e-GTukar (di sini).

Tiada permohonan offline atau secara manual bagi Pertukaran Guru. Semua Permohonan Pertukaran adalah secara atas talian - iaitu melalui Modul e-GTukar.

egtukar permohonan pertukaran guru sekolah

Proses kelulusan pertukaran guru KPM adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan, dan keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang perlu mengikut pasangan, sakit kronik, serta ancaman keselamàtan dari pihak ketiga.

Semakan Keputusan eGTukar

Keputusan kelulusan permohonan pertukaran guru serta penempatan bagi sesi Jun 2021 boleh disemak mengikut ketetapan berikut :

  • Semakan kelulusan permohonan pertukaran Antara Bahagian / Antara Negeri mulai 1 Jun 2021.
  • Semakan kelulusan permohonan pertukaran Antara Daerah Dan Dalam Daerah mulai 7 Jun 2021.
  • Semakan penempatan guru yang lulus pertukaran Antara Bahagian / Antara Negeri boleh dibuat mulai 7 Jun 2021.

Keputusan pertukaran adalah muktamad. Tiada rayuan bagi permohonan yang tidak diluluskan dan permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.

Semua permohonan yang tidak berjaya bagi sesi Jun 2021 akan dipertimbangkan semula bagi sesi Januari 2022.

Semoga maklumat permohonan eGTukar guru KPM ini berguna buat para guru yang ingin berpindah sekolah atas sebab mengikut pasangan, tempoh berkhidmat di sesebuah negeri, sakit kronik, ancaman keselamatan atau lain-lain alasan yang munasabah dan wajar.