Format Baharu Instrumen Peperiksaan STAM 2020

Format baharu instrumen / soalan peperiksaan STAM 2020. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan format baharu soalan / instrumen peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mulai tahun 2020.

Kesemua 10 mata pelajaran STAM terlibat dengan format baharu iaitu subjek Fiqh, Tauhid Dan Mantiq, Tafsir Dan Ulumuhu, Nahu Dan Sarf, Hifz Al-Quran Dan Tajwid, Hadith Dan Mustolah, Insya' Dan Mutalaah, Adab Dan Nusus, 'Arudh Dan Qafiah dan Balaghah.

Format Soalan / Instrumen STAM 2020

Jadual-jadual berikut menerangkan mengenai format instrumen serta pemarkahan bagi setiap mata pelajaran STAM mulai 2020. Setiap jadual menyatakan jenis instrumen (ujian bertulis / ujian lisan / kerja kursus), jenis item (objektif / subjektif / tugasan), bilangan soalan, jumlah markah, wajaran, tempoh ujian, konstruk, cakupan konteks, aras kesukaran dan kaedah penskoran bagi setiap kertas.

1. Format Subjek FIQH (S102)

2. Format Subjek TAUHID DAN MANTIQ (S103)

3. Format Subjek TAFSIR DAN ULUMUHU (S104)

4. Format Subjek NAHU DAN SARF (S106))

5. Format Subjek HIFZ AL-QURAN DAN TAJWID (S101)

6. Format Subjek HADITH DAN MUSTOLAH (S105)

7. Format Subjek INSYA' DAN MUTALAAH (S107)

8. Format Subjek ADAB DAN NUSUS (S108)

9. Format Subjek 'ARUDH DAN QAFIYAH (S109)

10. Format Subjek BALAGHAH (S110)

Maklumat Tentang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

STAM merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir. Kurikulum STAM menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Sijil STAM diiktiraf oleh JPA setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Secara amnya, peperiksaan ini diambil oleh pelajar lepasan Sijil Menengah Agama (SMA/SMU) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) semasa di Tingkatan Enam.

Mata pelajaran peperiksaan STAM ditaksir melalui kerja kursus, ujian lisan dan ujian bertulis. Kerja kursus biasanya dilaksanakan mulai bulan Mac hingga Jun manakala ujian lisan diadakan pada hujung bulan Julai. Peperiksaan bertulis STAM pula dilaksanakan pada hujung bulan Oktober.

Semoga maklumat tentang format instrumen STAM ini dapat membantu para calon dan guru dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan STAM nanti.

Sila rujuk Jadual Waktu Periksaan STAM untuk tarikh perlaksanaan pentaksiran STAM bagi tahun 2020.

Sumber: Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3/2020