[Terkini] Skim MyHome (Subsidi Pembelian Rumah Pertama)

Skim MyHome ialah program pembelian rumah pertama bersubsidi yang membolehkan individu yang layak, membeli rumah terpilih dengan harga kos rendah walaupun pemaju menjualnya dengan harga yang lebih mahal. Dengan kata lain kerajaan akan memberi subsidi untuk membayar perbezaan antara harga jualan dan harga rumah kos rendah.

(Skim MyHome diperuntukkan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja. Bagi yang berpendapatan sederhana anda boleh mendaftar untuk memohon kediaman PR1MA).


Deskripsi Skim MyHome

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Skim MyHome yang ada setakat ini:

  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk skim ini.
  • Ditawarkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah, siapa cepat di dapat.
  • Penetapan/definisi harga rumah kos rendah dibuat kerajaan negeri.
  • Bantuan maksima RM30,000.
  • Permohonan dibuka (untuk pembeli dan juga pemaju) bermula 1 April 2014.
  • Subsidi dibayar oleh kerajaan terus kepada akaun HDA (Housing Development Account) pemaju.
  • Rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual dalam masa10 tahun.
borang-permohonan -skim MyHome


Contoh pengiraan

Berikut adalah contoh pengiraan jumlah subsidi MyHome oleh kerajaan:

Sekiranya harga rumah kos rendah yang ditetapkan kerajaan negeri ialah RM40,000, dan harga jualan rumah yang ditawarkan oleh pemaju yang layak ialah RM100,000.

Maka amaun yang perlu dibayar oleh pembeli yang layak ialah RM70,000 (RM100,000- RM30,000).

RM30,000 akan ditanggung oleh kerajaan.


Syarat kelayakan

Untuk memohon skim MyHome, individu hendaklah memenuhi syarat-syarat  seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah:
    • MyHome1: RM3,000 - RM4,000 (harga pasaran/jualan RM80,000 - 120,000, keluasan minimum 800 kps)
    • MyHome2: RM4,001 - RM6,000 (harga pasaran/jualan RM120,001 - 200,000, keluasan minimum 850 kps)
  • Pembelian rumah pertama (belum pernah membeli rumah).

Sila rujuk Kriteria Asas Skim MyHome untuk maklumat lanjut syarat kelayakan.


Cara memohon dan borang Skim MyHome

Orang ramai boleh memohon untuk mendapatkan bantuan Skim MyHome bermula 1 April 2014. Permohonan boleh dibuat secara manual atau secara atas talian:

  • Permohonan secara online boleh dibuat di laman web KPKT di http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/index.php/home.
  • Untuk permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma dari Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau boleh dimuaturun di http://ehome.kpkt.gov.my.

    Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN dialamat berikut:

    Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome),
    Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
    Aras 34, No. 51 Persiaran Perdana Presint 4,
    62100 PUTRAJAYA.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim MyHome, sila telefon Pusat Panggilan MyHome di 03-8891 4313, 03-8891 4317 atau 03-8891 4322.