Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2014, Ulangan Penggal 1 2013 dan Ulangan Penggal 2 2013

|  3 comments

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal 1 2014, Ulangan Penggal 1 2013 dan Ulangan Penggal 3 2013  akan diumumkan pada 17 Februari 2014. Keputusan boleh disemak secara online atau melalui SMS.


Semakan secara online

Untuk meyemak secara online sila layari halaman semakan pada portal rasmi  Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 10.00 pagi 17 Februari 2014:

http://www.mpm.edu.my/


Semakan melalui SMS

Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula 9:01 pagi 17 Februari dan berakhir pada 11:59 malam 16 Mei 2014.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM melalui SMS:

semak-result-stpm-penggal1-2014

semak-result-stpm-penggal1-2014

  1. Taipkan mesej seperti di bawah.

    Untuk semakan keputusan STPM Penggal 1 2014:

    STPM<jarak>RESULTP1<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh:

    STPM  RESULTP1  910209083574

    Untuk semakan keputusan STPM Ulangan Penggal 1 2013, gantikan RESULTP1 dengan  RESULTU1. Manakala untuk Ulangan Penggal 2 2013, gantikan dengan RESULTU2.

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

3 comments

Mizz Aiza

Mizz Aiza

17 Februari, 2014 12:58
sangat berguna artikel ini.. kini semuanya di hujung jari..
wafacw

wafacw

17 Februari, 2014 14:16
Okies! Great!... i'd like to share in my FB page :D

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel