Kalendar Islam 2026 Masihi / 1447 -1448 Hijrah Malaysia
Maklumat kalendar atau takwim Islam JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2026M / 1447-1448H bagi Malaysia.
Kalendar Islam atau Kalendar Hijriah adalah kalendar lunar/qamariah, iaitu kalendar yang dikira berdasarkan pergerakan/fasa bulan mengelilingi Bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.
Manakala kalendar Masihi adalah kalendar solar/syamsiah, yang dikira berasaskan pergerakan Bumi mengelilingi Matahari. Satu tahun Masihi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula dengan bulan Januari dan berakhir dengan bulan Disember.
Perbezaan bilangan hari dalam setahun Hijrah dan setahun Masihi menyebabkan tarikh-tarikh penting dalam Islam (yang ditetapkan menggunakan kalendar Hijrah) akan berubah setiap tahun Masihi.
Kalendar / Takwim Islam Malaysia 2026
Kalendar ini memaparkan padanan tarikh antara kalendar Masihi/Miladiah (teks hitam) dan kalendar Hijriah (teks merah) bagi tahun 2026 berdasarkan takwim yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tarikh dengan warna latar kuning menandakan hari permulaan bulan Islam/Hijriah dan latar warna hijau menunjukkan tarikh penting dalam kalendar Islam.
Sila klik pada gambar kalendar untuk paparan yang lebih jelas.
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026 Malaysia
| Tarikh Hijri | Tarikh Masihi / Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
| 27 Rejab 1447 | 17 Januari 2026 | Israk dan Mikraj |
| 1 Ramadan 1447* | 19 Feb 2026 | Awal Ramadan / Permulaan Puasa |
| 17 Ramadan 1447 | 7 Mac 2026 | Nuzul Al-Quran |
| 1 Syawal 1447* | 21 Mac 2026 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
| 1 Zulhijjah 1447 | 18 Mei 2026 | Awal Zulhijjah |
| 10 Zulhijjah 1447* | 27 Mei 2026 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
| 1 Muharram 1448 | 17 Jun 2026 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
| 12 Rabiulawal 1448 | 25 Ogos 2026 | Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W) |
* Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Sumber: Takwim hijri dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang disediakan Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail pdf boleh dimuat turun di sini.
Diharap takwim Hijriah ini bermanfaat buat para pembaca Muslim dalam membuat semakan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam di Malaysia. Semoga kalendar ini dapat memudahkan para pembaca untuk merancang aktiviti yang bersesuaian dengan sambutan hari-hari perayaan dan kebesaran Islam seperti puasa sunat, doa khusus dan sebagainya.
Baca juga:
