Kadar Bayaran Fidyah 2026 / 1447H Setiap Negeri

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) sehingga tiba Bulan Ramadan tahun berikutnya.

Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah

  1. Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan.
  2. Orang yang sakit kronik yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh dan disahkan oleh doktor.
  3. Ibu hamil atau yang menyusukan anak yang tidak berpuasa dengan sebab bimbang akan kesihatan bayinya.
  4. Ibu hamil atau yang menyusukan anak yang tidak berpuasa dengan sebab bimbang akan kesihatan dirinya.
  5. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.
  6. Orang yang menangguhkan qada’ puasanya sehingga tiba bulan Ramadan berikutnya.

Kadar Bayaran Fidyah 2025-2026M / 1446-1447H

Berikut dikongsikan kadar bayaran fidyah untuk setiap negeri di Malaysia bagi tempoh Ramadan 1446 hingga Syaaban 1447 Hijrah.

Kadar bayaran fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (bersamaan 1/4 gantang Baghdad).

Nilaian ringgit fidyah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri, dan kadar ini berbeza bagi setiap negeri dan juga jenis beras.

Kadar bayaran fidyah negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Malaysia Singapura Singapore tahun 2026 1447 hijrah

Semoga maklumat kadar bayaran fidyah negeri-negeri di Malaysia memberi manfaat kepada semua pembaca muslim. Sila share.