Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

Doa awal tahun hijrah dan akhir tahun hijrah. Salam maal hijrah buat semua pembaca Muslim. Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharram dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Sempena menyambut tahun baru Hijrah (Maal Hijrah), berikut dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah kepada para pembaca Muslim. Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai rujukan dan panduan.

Sila klik pada gambar untuk paparan doa yang lebih besar dan jelas.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Akhiri tahun Hijrah ini dengan berdoa dan beristighfar.

Baca doa akhir tahun Hijrah 3 kali pada penghujung waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Insyaallah kita akhiri tahun ini dengan memperbanyakkan istighfar sehingga masuknya waktu Maghrib.

Doa akhir tahun Hijrah

Doa Awal Tahun Hijrah

Mulakan tahun baru Hijrah dengan berdoa dan berselawat.

Baca doa awal tahun Hijrah sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib pada awal Muharram di tahun baharu Hijrah. Perbanyakkan berselawat sampai masuk waktu Isyak.

Doa awal tahun Hijrah

Sumber: Hab Pendidikan

Selamat menyambut Maal Hijrah

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas dan memperbaiki diri kita menjadi hamba yang lebih baik di tahun-tahun mendatang.