Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf ke UA 2020/2021

Rayuan dan semakan keputusan rayuan UPUOnline ke Universiti Awam (UA) sesi 2020/2021 bagi lepasan lepasan STPM/Setaraf. Berikut adalah maklumat penting mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan pembaca. Rayuan boleh dikemukakan rayuan secara online, manakala semakan keputusan rayuan boleh dibuat secara online atau menggunakan mobile app UPUPocket.

Permohonan e-Rayuan Keputusan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf

Permohonan rayuan adalah hanya untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja. Tarikh permohonan rayuan UPU dibuka bagi ambilan sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

  • Permohonan rayuan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf secara online akan dibuka mulai 18 Ogos 2020 jam 12 tengahari hingga 28 Ogos 2020 jam 5 petang.

Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan UPU Kementerian Pendidikan Malaysia, di portal rasmi UPU:

http://upu.mohe.gov.my

permohonan rayuan dan semakan keputusan rayuan upu online ipta

Semakan Keputusan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf

Semakan keputusan e-rayuan ke Universiti Awam (UA) menerusi pengambilan UPU boleh dibuat secara online dan melalui aplikasi UPUPocket.

⦿ Tarikh hebahan dan semakan keputusan rayuan

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf secara online boleh dibuat mulai 23 September 2020

Jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di institusi pendidikan berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

⦿ Kaedah semakan keputusan rayuan

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU) untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Anda boleh juga hubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sila bookmark dan share.