Tarikh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026

Tarikh pembayaran bantuan awal sekolah tahun 2026.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2026 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. BAP bertujuan meringankan beban menyediakan kelengkapan awal persekolahan yang dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga murid pada permulaan sesi persekolahan.

Nilai bantuan BAP 2026 adalah sama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, iaitu RM150 untuk setiap pelajar.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan 2026 akan diberikan kepada semua murid berikut tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 bagi Sesi Persekolahan 2026.

Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan mulai seawal 11 Januari 2026. Pengagihan bantuan akan dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

Sebarang maklumat baharu tarikh pembayaran Bantuan Awal Persekolahan akan kami kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

bantuan awal sekolah rendah dan menengah RM150 2023

Semoga info syarat serta tarikh agihan Bantuan Awal Persekolahan 2026 ini bermanfaat buat para pembaca.