Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET Sesi Mac 2014

|  0 comments

Rayuan semakan semula keputusan ujian MUET sesi Mac tahun 2014 dibuka mulai 5 Mei hingga 16 Mei 2014. Bagi calon yang ingin membuat rayuan untuk semakan semula keputusan peperiksaan MUET Mac 2014, anda perlu menyediakan 4 perkara berikut:

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi. Sila download borang rayuan semakan semula MUET di sini. 
  2. Salinan keratan keputusan ujian MUET.
  3. Bayaran RM70 dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.
  4. Satu sampul surat (berukuran 10 cm x 23 cm) beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.
rayuan semakan MUET

Masukkan kesemuanya ke dalam sampul surat dan tulis perkataan SEMAK SEMULA di penjuru kiri sebelah atas sampul surat tersebut, dan poskan kepada:

   Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia,
   Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves,
   Selangor Darul Ehsan

Borang permohonan rayuan semakan hendaklah sampai di Majlis Peperiksaan Malaysia selewat- lewatnya pada 16 Mei 2014.

Sila rujuk borang permohonan untuk maklumat terperinci mengenai rayuan semakan semula keputusan MUET.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel