Rohingya: Umat Islam Yang Dilupai

|  6 ulasan

Tahukah anda umat Islam Rohingya Myanmar adalah di antara kumpulan minoriti yang paling tertindas di dunia? Rohingya - umat Islam yang tiada negara, tiada kewarganegaraan. Disamping dilucutkan kerakyatan, mereka juga ditindas secara sistematik -tanah mereka di rampas, pergerakan mereka dibatasi, mereka dijadikan buruh paksa, pendidikan dan ekonomi mereka disekat, harta benda dimusnahkan, dihalau, disiksa, dibunuh dan wanita-wanita dirogol.

Mereka adalah mangsa penindasan, pembersihan etnik dan keganasan anjuran kerajaan Myanmar sendiri, kerajaan yang sepatutnya melindungi mereka.

Di bawah ini ialah sebuah infografik mengenai sejarah etnik Rohingya dan krisis yang mereka sedang alami sekarang:

umat Islam Rohingya MyanmarKlik untuk imej besar

sejarah Rohingya Klik untuk imej besar

Etnik Rohingya dilucutkan kerakyatan hanya kerana bangsa dan agama mereka, sedangkan nenek moyang mereka telah menetap di Arakan Myanmar sejak kurun ke 8 lagi. Mereka kini tiada tanahair, tiada tempat yang hendak dituju, tiada masa depan dan tiada siapa yang peduli. Cuba bayangkan anda adalah seorang Rohingya. Tragis bukan?

tabung Rohingya Utusan TH

Bantulah mereka. Anda boleh menderma melalui pautan-pautan berikut:

Selain menderma anda boleh juga mengambil beberapa tindakan untuk membantu umat Islam Rohingya.

Further reading:

6 ulasan

JAWATAN KOSONG TERKINI

JAWATAN KOSONG TERKINI

13 Jun, 2014 01:46
Semoga Allah merahmati wahai saudara-saudara ku Rohingya..aku mampu menangisi kesedihan kalian tapi tempat kalian sudah tersergam indah di syurga sana...Amin..
Denaihati

Denaihati

13 Jun, 2014 09:38
Ujian besay buat saudara kita disana, Mudahan Allah berikan petunjuk pada pemimpin Myammar.
ZUKI DIN

ZUKI DIN

13 Jun, 2014 15:25
Semoga mrka dilindungi Allah selalu...
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

13 Jun, 2014 21:01
@Balasan Juga petunjuk kepada pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN untuk "menegur" Myanmar. In Shaa Allah.
lokman amirul

lokman amirul

29 November, 2016 15:32
Semoga dilindungi oleh Allah..makin kejam manusia kini...ibarat lebih tajam dari mata pedang. Saya dari lokmanamirul.com

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top