Panduan Melakukan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja
Assalamualaikum, majoriti ulama dan Imam Syafie berpendapat hukum ibadah korban dan aqiqah adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya,
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2).