Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2024

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2024 Malaysia / Malaysia public holidays and school holidays 2024.

Berikut kami senaraikan tarikh hari cuti umum / kelepasan am persekutuan dan tarikh cuti umum bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dikongsikan juga maklumat mengenai tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan KPM.

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2024 Malaysia

Berikut adalah grafik kalendar cuti umum dan cuti sekolah bagi tahun 2024. Untuk perincian setiap cuti umum dan cuti sekolah, sila skrol ke bawah dan rujuk pada Senarai Hari Kelepasan Am dan Kalendar Cuti Sekolah.

▣ Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Kumpulan A

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah untuk Kumpulan A tahun 2024. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, cuti sekolah biasanya bermula dan berakhir sehari lebih awal daripada Kumpulan B.

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2024 Kumpulan A

▣ Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Kumpulan B

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah untuk Kumpulan B tahun 2024. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Bagi negeri-negeri dalam Kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, cuti sekolah lazimnya bermula dan berakhir sehari selepas Kumpulan A.

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2024 Kumpulan B

Senarai Hari Kelepasan Am 2024 (Persekutuan Dan Negeri)

(Dikemaskini pada 15 November 2023)

Tarikh (2024) Hari Cuti Negeri
1 Jan Isnin Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu & Perlis
14 Jan Ahad Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan N. Sembilan
25 Jan Khamis Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Selangor, N. Sembilan, Pulau Pinang & Perak
1 Feb Khamis Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
8 Feb Khamis Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
10 Feb Ahad Tahun Baru Cina Semua Negeri
11 Feb Ahad Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu
11 Feb Ahad Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Kelantan & Terengganu
20 Feb Selasa Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Melaka
4 Mac Isnin Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
12 Mac Selasa Awal Ramadan Johor, Kedah & Melaka
23 Mac Sabtu Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
28 Mac Khamis Hari Nuzul Al-Quran Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah & Sarawak
28 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
10 Apr Rabu Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
11 Apr Khamis Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) Semua Negeri
26 Apr Jumaat Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Rabu Hari Pekerja Semua Negeri
17 Mei Jumaat Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Mei Rabu Hari Wesak Semua Negeri
22 Mei Rabu Hari Hol Pahang Pahang
30 Mei Khamis Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Jumaat Pesta Kaamatan (Hari Kedua) Labuan & Sabah
1 Jun Sabtu Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Ahad Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) Sarawak
3 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
16 Jun Ahad Hari Arafah Kelantan & Terengganu
17 Jun Isnin Hari Raya Qurban Semua Negeri
18 Jun Selasa Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kelantan & Terengganu
18 Jun Selasa Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kedah & Perlis
30 Jun Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
7 Jul Ahad Awal Muharram Semua Negeri
7 Jul Ahad Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
13 Jul Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
22 Jul Isnin Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Jul Selasa Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
11 Ogos Ahad Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
24 Ogos Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
31 Ogos Sabtu Hari Kebangsaan Semua Negeri
16 Sep Isnin Hari Malaysia Semua Negeri
16 Sep Isnin Maulidur Rasul Semua Negeri
29 Sep Ahad Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
30 Sep Isnin Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) Kelantan
5 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
12 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
31 Okt Khamis Hari Deepavali * Semua Negeri kecuali Sarawak
1 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 Dis Rabu Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
24 Dis Selasa Christmas Eve Sabah
25 Dis Rabu Hari Krismas Semua Negeri

* Tertakluk kepada perubahan

Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2024, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di pautan ini.

Kalendar Persekolahan 2024

Sesi persekolahan 2023/2024 akan tamat pada bulan Mac 2024.

Selepas cuti akhir persekolahan, sesi persekolahan baharu (2024/2025) akan bermula pada 10 Mac 2024 hingga 16 Januari 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 11 Mac 2024 hingga 17 Januari 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).

Sila layari Takwim Penggal Persekolahan Sesi 2024/2025 untuk perincian hari persekolahan, hari cuti sekolah dan hari cuti perayaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga maklumat mengenai tarikh cuti am persekutuan dan negeri, cuti penggal sekolah dan cuti perayaan sekolah untuk tahun 2024 ini bermanfaat buat para pembaca.

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2024 dan Kalendar Islam 2024 Masihi / 1445-1446 Hijrah.