Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi Akademik 2023/2024

Maklumat mengenai kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2023/2024 (school holidays 2023/2024 Malaysia). Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini menyatakan tarikh-tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

[Baharu] Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi Akademik 2024/2025

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, kenduri, serta aktiviti balik kampung semasa cuti sekolah.

Untuk maklumat tentang cuti umum tahun 2023 Malaysia, sila layari Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2023.

Kalendar persekolahan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut adalah takwim persekolahan bagi setiap kumpulan:

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2023/2024 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2023/2024 kumpulan A

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2023/2024 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

penggal persekolahan 2023/2024 kumpulan B

Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2023/2024

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti sempena hari-hari perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Deepavali, dan Tahun Baru Cina bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024.

cuti perayaan 2023/2024

Sila klik pautan ini untuk muat turun fail pdf rasmi Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan bagi Sesi 2023/2024 serta Cuti Perayaan KPM sesi 2023/2024.

Semoga perkongsian info tentang takwim penggal persekolahan KPM sesi 2023/2024 ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar.