Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2023

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2023 Malaysia / Malaysia public holidays and school holidays 2023.

Berikut kami senaraikan tarikh hari cuti umum / kelepasan am persekutuan dan tarikh cuti umum bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Dikongsikan juga maklumat mengenai tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan KPM.

[Baharu] Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2024

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2023 Malaysia

Berikut adalah grafik kalendar cuti umum dan cuti sekolah bagi tahun 2023. Untuk perincian setiap cuti umum dan cuti sekolah, sila skrol ke bawah dan rujuk pada Senarai Hari Kelepasan Am dan Kalendar Cuti Sekolah.

Grafik kalendar di bawah adalah untuk negeri-negeri dalam Kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A (Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu), cuti sekolah bermula dan berakhir sehari lebih awal daripada Kumpulan B.

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2023

Kalendar cuti umum dan cuti sekolah Kumpulan B tahun 2023. Klik untuk gambar lebih besar dan jelas

Senarai Hari Kelepasan Am 2023 (Persekutuan Dan Negeri)

(Dikemaskini pada 11 Disember 2022)

Tarikh (2023) Hari Cuti Negeri
1 Jan Sabtu Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu & Perlis
14 Jan Jumaat Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan N. Sembilan
22 Jan Ahad Tahun Baru Cina Semua Negeri
23 Jan Isnin Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Semua Negeri kecuali Kelantan & Terengganu
23 Jan Isnin Tahun Baru Cina (Hari Kedua) Kelantan & Terengganu
1 Feb Rabu Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
5 Feb Ahad Hari Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Selangor, N. Sembilan, Pulau Pinang & Perak
18 Feb Sabtu Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu
4 Mac Sabtu Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Khamis Awal Ramadan Johor, Kedah & Melaka
23 Mac Khamis Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
7 Apr Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
8 Apr Sabtu Hari Nuzul Al-Quran Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah & Sarawak
15 Apr Sabtu Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
22 Apr Sabtu Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
23 Apr Ahad Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) Semua Negeri
26 Apr Rabu Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Isnin Hari Pekerja Semua Negeri
4 Mei Khamis Hari Wesak Semua Negeri
17 Mei Rabu Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Perlis
22 Mei Isnin Hari Hol Pahang Pahang
30 Mei Selasa Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Rabu Pesta Kaamatan (Hari Kedua) Labuan & Sabah
1 Jun Khamis Hari Gawai Dayak Sarawak
2 Jun Jumaat Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) Sarawak
5 Jun Isnin Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
18 Jun Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
28 Jun Rabu Hari Arafah Kelantan & Terengganu
29 Jun Khamis Hari Raya Qurban Semua Negeri
30 Jun Jumaat Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kelantan & Terengganu
30 Jun Jumaat Hari Raya Qurban (Hari Kedua) Kedah & Perlis
7 Jul Jumaat Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
8 Jul Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
19 Jul Rabu Awal Muharram Semua Negeri
22 Jul Sabtu Hari Kemerdekaan Sarawak Sarawak
30 Jul Ahad Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
23 Ogos Rabu Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
24 Ogos Khamis Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
31 Ogos Khamis Hari Kebangsaan Semua Negeri
16 Sep Sabtu Hari Malaysia Semua Negeri
28 Sep Khamis Maulidur Rasul Semua Negeri
7 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
14 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
3 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
11 Nov Sabtu Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Ahad Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) Kelantan
12 Nov Ahad Hari Deepavali * Semua Negeri kecuali Sarawak
11 Dis Isnin Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
24 Dis Ahad Christmas Eve Sabah
25 Dis Isnin Hari Krismas Semua Negeri

* Tertakluk kepada perubahan

Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2023, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di pautan ini.

Kalendar Persekolahan 2023

Sesi persekolahan 2022/2023 akan tamat pada bulan Februari 2023.

Selepas cuti akhir persekolahan, sesi persekolahan baharu (2023/2024) akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).

Sila layari Takwim Penggal Persekolahan Sesi 2023/2024 untuk perincian hari persekolahan, hari cuti sekolah dan hari cuti perayaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semoga maklumat mengenai tarikh cuti am persekutuan dan negeri, cuti penggal sekolah dan cuti perayaan sekolah untuk tahun 2023 ini bermanfaat buat para pembaca.

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2023 dan Kalendar Islam 2023 Masihi / 1444-1445 Hijrah.