Kalendar Cuti Umum Kedah 2023

Hari kelepasan am negeri Kedah tahun 2023 untuk pengetahuan umum. Berikut adalah kalendar cuti umum atau hari kelepasan am negeri Kedah bagi tahun 2023 sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga kalendar cuti Kedah ini dapat membantu warga Kedah dalam membuat perancangan awal aktiviti kerja dan percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.

Hari Cuti / Kelepasan Am Kedah 2023

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Kedah untuk tahun 2023.

Bil Hari Kelepasan Am Tarikh Hari
1 Tahun Baru Cina 22/1/2023 Ahad
2 Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 23/1/2023 Isnin
3 Israk dan Mikraj 18/2/2023 Sabtu
4 Awal Ramadan 23/3/2023 Khamis
5 Hari Raya Puasa * 22/4/2023 Sabtu
6 Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * 23/4/2023 Ahad
7 Hari Pekerja 1/5/2023 Isnin
8 Hari Wesak 4/5/2023 Khamis
9 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 5/6/2023 Isnin
10 Hari Keputeraan Sultan Kedah 18/6/2023 Ahad
11 Hari Raya Haji/Qurban * 29/6/2023 Khamis
12 Hari Raya Haji/Qurban (Hari Kedua) * 30/6/2023 Jumaat
13 Awal Muharram (Ma'al Hijrah) 19/7/2023 Rabu
14 Hari Kebangsaan 31/8/2023 Khamis
15 Hari Malaysia 16/9/2023 Sabtu
16 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) 28/9/2023 Khamis
17 Hari Deepavali * 12/11/2023 Ahad
18 Hari Natal/Krismas 25/12/2023 Isnin

* Tertakluk kepada pindaan (Dikemaskini pada 1 Januari 2023)

Nota:

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari Jumaat atau hari kelepasan yang lain, maka hari itu digantikan dengan hari berikutnya, dan jika hari demikian adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

Jika Hari Kelepasan Am negeri itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari itu jugalah menjadi Hari Kelepasan Am Negeri dan tidak diganti pada hari-hari lain.

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah di sini

hari cuti umum Kedah 2023

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2023 dan Kalendar Islam 2023 Masihi / 1444-1445 Hijrah Malaysia.

Semoga perkongsian kalendar cuti umum Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2023 ini bermanfaat buat para pembaca khususnya warga Kedah. Senarai ini boleh dijadikan panduan dalam merancang aktiviti percutian bersama keluarga, mengadakan kenduri / jamuan, riadah, ziarah dan sebagainya.