Semakan Keputusan Dan Rayuan UPUOnline Sesi 2023/2024 (STPM/Setaraf)

Semakan keputusan permohonan dan rayuan UPUOnline ke UA bagi lepasan STPM/Setaraf sesi 2023/2024.

Dikongsikan maklumat mengenai semakan keputusan permohonan dan rayuan UPUOnline untuk lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2023/2024. Post ini akan sentiasa dikemaskini untuk berkongsi maklumat terbaharu mengenai permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi lulusan STPM/Setaraf.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke UA Bagi STPM/Setaraf

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke UA untuk sesi akademik 2023/2024 bagi lepasan STPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online atau menggunakan mobile app, bermula dari tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Semakan akan dibuka bermula 7 September 2023 jam 12:00 tengahari.

semakan keputusan permohonan kemasukan dan tawaran UPU UA IPTA

⦿ Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.

⦿ Semakan Keputusan UPU Menggunakan App UPUPOCKET

Semakan keputusan permohonan UPU boleh juga dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Aplikasi ini boleh juga digunakan untuk menyemak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan tarikh-tarikh penting UPU.

Cetakan Surat Tawaran

Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Universiti Awam masing-masing. Pengesahan setuju hendaklah dibuat dalam tempoh mulai 8 hingga 16 September 2023.

Permohonan Rayuan Kemasukan ke UA

Permohonan e-Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2023/2024 akan dibuka dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan iaitu mulai 7 September 2023 jam 12.00 tengah hari hingga 16 September 2023 jam 5.00 petang.

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang layak mengemukakan permohonan rayuan UPU. Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/.

Maklumat terkini berkaitan semakan keputusan UPUOnline ke UA boleh juga didapati melalui FB rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi BPKP JPT melalui:-