Tarikh Dan Cara Pembayaran STR 2023 Fasa 4

Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2023. STR merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai langsung yang memanfaatkan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan tarikh bila dapat duit STR 2023. Juga maklumat mengenai saluran semakan kelulusan STR dan rayuan sekiranya permohonan gagal.

Tarikh Dan Cara Pembayaran STR 2023

Pembayaran STR 2023 kepada penerima akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun. Jadual di bawah memperincikan fasa pembayaran STR 2023, menunjukkan tarikh pembayaran mengikut kategori penerima.

Jadual Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Jadual pembayaran Fasa 4 di bawah adalah berdasarkan maklumat terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Jadual akan dikemaskini sebaik maklumat baharu diperolehi.

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Cara Pembayaran
Penerima yang mempunyai akaun bank 7 - 9 Nov 2023 Dikreditkan terus ke akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) Mulai 7 Nov 2023 Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Amaun Pembayaran STR 2023

Jadual di bawah memperincikan amaun pembayaran STR 2023 mengikut kategori penerima.

Jenis Penerima Kategori Penerima Fasa Amaun Pembayaran
Penerima STR Sedia Ada Isi rumah dan warga emas tiada pasangan Fasa 4 RM100 - RM1,200
Bujang Fasa 4 Tiada
(Pembayaran telah selesai sepenuhnya pada Fasa 3)
Penerima Rayuan STR Isi rumah / warga emas tiada pasangan / bujang RM100 - RM2,500

jadual bayaran bantuan keluarga Malaysia STR 2023

Semakan Status Pembayaran STR

Semakan status pembayaran dan kelulusan Rayuan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semoga info ini berguna untuk semua bakal penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).