Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi Akademik 2024/2025

Maklumat kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2024/2025 (Malaysia 2024/2025 school holidays). Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini menyatakan tarikh-tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, kenduri, serta aktiviti balik kampung semasa cuti sekolah.

Untuk maklumat tentang cuti am tahun 2024 Malaysia, sila layari Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Tahun 2024.

Kalendar akademik / persekolahan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut adalah takwim persekolahan bagi setiap kumpulan:

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2024/2025 kumpulan A

Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

penggal persekolahan 2024/2025 kumpulan B

Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2024/2025

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti sempena hari-hari perayaan oleh KPM.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi sesi akademik persekolahan tahun 2024/2025.

cuti perayaan 2024/2025

Sila klik pautan ini untuk muat turun fail pdf rasmi Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan serta Cuti Perayaan KPM sesi 2024/2025.

Semoga perkongsian info tentang kalendar akademik KPM ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar.