Tarikh Peperiksaan SPM, UPSR, PT3, STAM Dan PAV 2020 [Terkini]

Pindaan terkini takwim / kalendar peperiksaan awam - UPSR, PT3, SPM, SPM(U), PAV, STAM dan SVM untuk rujukan dan persediaan sekolah pada tahun 2020. Jadual pentaksiran dan peperiksaan 2020 ini mengandungi tarikh-tarikh rasmi peperiksaan dan pentaksiran SPM(U), UPSR, PT3, SPM, STAM, PAV, SVM, UPBA dan PASR bagi tahun 2020.

Tarikh-tarikh pentaksiran dan peperiksaan ini adalah sepertimana diumumkan Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

[Terkini 9 November 2020] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan semula peperiksaan SPM, SVM, STAM aan STPM tahun 2020 ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat untuk membendung penularan wabak COVlD-19. Setakat ini hanya tarikh peperiksaan bertulis telah ditetapkan. Tarikh-tarikh peperiksaan / pentaksiran lain akan dikemaskini bila diumumkan.

Takwim/Kalendar Terkini Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2020

Sila klik pada nama peperiksaan untuk melihat jadual waktu terperinci peperiksaan berkenaan. Artikel ini akan dikemaskini dengan maklumat terkini dan pautan jadual waktu untuk setiap peperiksaan akan ditambah dari masa ke masa.

Takwim peperiksaan dan pentaksiran 2020

Bil Peperiksaan / Pentaksiran Tarikh (2020)

SEKOLAH RENDAH
1 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Dibatalkan
2 Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
● Pro Khas 1
● Pro Khas 2
Dibatalkan

SEKOLAH MENENGAH RENDAH

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
1 Pentaksiran Pendidikan Kesenian Dibatalkan
2 Pentaksiran Individu dan Kumpulan Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
● SSeM Johor
● SSeM Kuala Lumpur dan Perak
● SSeM Sarawak dan Sabah



3 Ujian Lisan: Bertutur
● Bahasa Melayu
● AI-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah (LAM)
● Bahasa Inggeris
Dibatalkan

4 Ujian Lisan: Mendengar
● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
● AI-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah (LAM)
Dibatalkan

5 Ujian Komunikasi: Berisyarat / Bertutur
● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
Dibatalkan

6 Ujian Komunikasi: Melihat / Mendengar
● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
Dibatalkan

7 Ujian Tilawah Dan Hafazan
● Maharat Al-Quran
● Hifz Al-Quran
Dibatalkan

8 Ujian Bertulis Dibatalkan

SEKOLAH MENENGAH ATAS

Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)
1 ● Bahasa Jepun
● Bahasa Jerman
23 Feb 2021

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
1 Ujian Lisan 17 - 19 Ogo 2020
2 Ujian Bertulis 17 Ogo - 30 Sep 2020

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1 Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) 17 Ogo - 31 Okt 2020
2 Kerja Kursus
Jul 2020 - Feb 2021
3 Ujian Bertulis 22 Feb - 25 Mac 2021

Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
1 Ujian Lisan Bahasa Melayu SVM A01403 (1104) 20 Jan - 22 Feb 2021
2 Ujian Bertulis
● Bahasa Melayu - Kertas A01401 dan Kertas A01402 (1104)
   *(BM 1104 SVM setara dengan BM 1103 SPM)
● Sejarah - Kertas A05401 (1251)
   *(Sejarah 1251 setara Lulus Sejarah 1249 SPM)

● 22 Feb 2021


● 23 Feb 2021

Pentaksiran Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)
1 Ujian Bertulis MPAK 21 Jan 2021

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
1 Kerja Kursus
Jul - Nov 2020
2 Ujian Lisan 20 -31 Jan 2021
3 Ujian Bertulis 22 Feb - 3 Mac 2021

Takwim Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional (PLNP) 2020

(Kemaskini pada: 17 Nov 2020)

Nota: Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam 2020 di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Takwim terkini peperiksaan dan pentaksiran tahun 2020 dalam bentuk pdf boleh dimuat turun di sini.

Semoga maklumat mengenai Kalendar Peperiksaan 2020 memberi manfaat kepada para pembaca khususnya para pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan, ibu bapa dan guru-guru sekolah.

Layari juga takwim peperiksaan STPM 2020 dan kalendar ujian MUET 2020.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan, pembaca bolehlah menghubungi talian berikut: UPSR (03-8884 3382), SPM (03-8884 3330), STAM (03-8884 3340) dan Peperiksaan Luar Negeri (03-8884 33460).

Sila share dan uar-uarkan.