Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan SPMU 2020

Jadual waktu peperiksaan bertulis SPM Ulangan (SPMU) 2020. Berikut adalah jadual waktu rasmi peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2020 selepas penjadualan semula takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVlD-19.

Peperiksaan SPMU 2020 akan diadakan selama tiga hari di bulan Ogos iaitu pada 17, 18 dan 19 Ogos 2020. Peperiksaan SPMU ini hanya melibatkan 3 subjek sahaja iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.

[Baharu] Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan SPMU 2022

Jadual peperiksaan SPMU ini telah dikeluarkan dan tertakluk kepada perubahan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami akan kemaskini post ini sekiranya terdapat sebarang perubahan selepas ini.

Untuk peperiksaan SPM 2020, sila layari Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020. Untuk tarikh-tarikh peperiksaan dan pentaksiran lain , sila layari Tarikh-tarikh Peperiksaan dan Pentaksiran 2020.

Jadual Waktu SPM Ulangan 2020

Jadual waktu peperiksaan SPMU 2020 berikut mengandungi tarikh, masa dan tempoh ujian, nama dan kod kertas, serta arahan khas. Jadual ini adalah dalam peringkat draf, jadual rasmi akan menyusul kemudian.

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2020

Klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar dan jelas.

Draf jadual waktu peperiksaan SPMU 2020 terkini dalam bentuk pdf boleh dimuat turun di sini. Selain jadual waktu peperiksaan, dokumen ini juga memperincikan jadual masa tambahan bagi calon berkeperluan khas. Ia juga mengandungi arahan-arahan kepada Jabatan pendidikan Negeri (JPN), Pengetua, Ketua Pengawas Peperiksaan serta arahan, amaran, larangan dan peringatan kepada Calon Peperiksaan.

Maklumat Berkaitan

Semoga jadual peperiksaan SPMU ini boleh membantu calon dalam persediaan ulangkaji mata pelajaran. Selamat menghadapi peperiksaan SPMU untuk para calon, semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang.