Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan SPMU 2022

Jadual waktu peperiksaan bertulis SPM Ulangan (SPMU) 2022.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan tahun 2022 akan diadakan selama tiga hari di bulan September iaitu pada 12, 13 dan 14 September 2022. Peperiksaan SPMU ini hanya melibatkan 3 subjek sahaja iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah.

Jadual peperiksaan SPMU ini telah dikeluarkan dan tertakluk kepada perubahan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kami akan kemaskini post ini sekiranya terdapat sebarang perubahan selepas ini.

Jadual Waktu SPM Ulangan 2022

Jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 berikut mengandungi tarikh, masa dan tempoh ujian, nama dan kod kertas, serta arahan khas. Jadual ini adalah dalam peringkat draf, jadual rasmi akan menyusul kemudian.

Klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar dan jelas.

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2020

Draf jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 terkini dalam bentuk pdf boleh dimuat turun di sini. Selain jadual waktu peperiksaan, dokumen ini juga memperincikan jadual masa tambahan bagi calon berkeperluan khas. Ia juga mengandungi arahan-arahan kepada Jabatan pendidikan Negeri (JPN), Pengetua, Ketua Pengawas Peperiksaan serta arahan, amaran, larangan dan peringatan kepada Calon Peperiksaan.

Semoga jadual peperiksaan SPMU ini boleh membantu calon dalam persediaan ulangkaji mata pelajaran. Selamat menghadapi peperiksaan SPMU untuk para calon, semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang.