Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022

Jadual dan tarikh gaji 2022 kakitangan kerajaan. Gaji pekerja sektor awam lazimnya dibayar pada hujung bulan dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penjawat awam.

Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan masuk akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

[Baharu] Jadual Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2023

Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2022

Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Januari 25.01.2022 Selasa ---
Februari 25.02.2022 Jumaat Tahun Baru Cina - 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac 25.03.2022 Jumaat ---
April 25.04.2022 Isnin ---
Mei 25.05.2022 Rabu

Hari Raya Puasa - 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)

Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)

Jun 24.06.2022 Jumaat Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai 25.07.2022 Isnin Hari Raya Haji - 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos 25.08.2022 Khamis

---

September 23.09.2022 Jumaat ---
Oktober 18.10.2022 Selasa Hari Deepavali - 24 Oktober 2022 (Isnin)
November 25.11.2022
17.11.2022
Jumaat
Khamis
---
Disember 19.12.2022 Isnin Hari Krismas - 25 Disember 2022 (Ahad)

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2022

Klik untuk imej yang lebih besar dan jelas

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 5/2021 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2022

Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Anda boleh gunakan jadual gaji 2022 untuk merancang bajet bulanan anda. Padankan dengan kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2022 untuk merancang bajet dan masa percutian keluarga.

Bagi pesara kerajaan persekutuan, sila rujuk Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2022.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat para pembaca khususnya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.