Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022

Jadual tarikh bayaran pencen 2022 untuk pesara kerajaan Malaysia. Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan penerima pencen atau wakil seperti yang disiarkan di Portal Pencen JPA / Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Pesara kerajaan boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.

Jadual Pembayaran Pencen 2022

Bulan Tarikh Bayaran Hari Catatan
Januari 20.01.2022 Khamis ---
Februari 22.02.2022 Selasa Tahun Baru Cina - 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac 22.03.2022 Selasa ---
April 21.04.2022 Khamis ---
Mei 23.05.2022 Isnin

Hari Raya Puasa - 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)

Hari Pesta Kaamatan - 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)

Jun 21.06.2022 Selasa Hari Gawai - 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai 21.07.2022 Khamis Hari Raya Haji - 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos 22.08.2022 Isnin

---

September 20.09.2022 Selasa ---
Oktober 13.10.2022 Khamis Hari Deepavali - 24 Oktober 2022 (Isnin)
November 22.11.2022
14.11.2022
Selasa
Isnin
---
Disember 15.12.2022 Khamis Hari Krismas - 25 Disember 2022 (Ahad)

Dokumen rasmi tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2022 boleh di muat turun di sini.

Untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2022, sila layari Portal Pencen - JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/.

jadual tarikh pembayaran pesara kerajaan untuk tahun pencen 2022

Bagi pesara / penerima pencen di bawah Skim A, bayaran pencen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara / penerima atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun penerima. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.

Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.