Jadual Dan Harga Baharu Tiket ERL (KLIA Ekspres dan KLIA Transit) 2019
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah syarikat yang mengendalikan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di laluan KL Sentral-KLIA/KLIA2.
KLIA Ekspres merupakan tren terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 dan sebaliknya. Manakala KL Transit pula merupakan train biasa yang akan berhenti di 3 hentian selain KL Sentral dan KLIA, iaitu stesen Bandar Tasik Selatan (BTS), Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi.
Dari KL Sentral, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi di sekitar Kuala Lumpur dengan menngunakan perkhidmatan transit aliran ringan KL atau pun menaiki keretapi ETS untuk ke bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai jadual perjalanan dan tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
Tambang / Harga Tiket ERL
Kadar tambang tren ERL akan dinaikkan bermula tahun 2016. Berikut adalah harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit berkuatkuasa 1 Januari 2016:
-
Harga Tiket KLIA Ekspres
Senarai harga baharu tambang KLIA Ekspres (KL Sentral-KLIA/KLIA2) dalam Ringgit Malaysia:
Tambang Baharu (RM) Beli di kaunter Beli di kiosk/online/app Dewasa satu hala 55.00 49.50 Kanak-kanak satu hala 25.00 22.50 Dewasa pergi balik 100.00 90.00 Kanak-kanak pergi balik 45.00 40.50 Tiket KLIA Ekspres boleh dibeli secara online di sini. Aplikasi mudah alih "KLIA Ekspres" boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan Apple App Store.
-
Harga Tiket KLIA Transit
Jadual harga baharu tambang KLIA Transit dalam Ringgit Malaysia:
Tambang Baharu (RM) KL Sentral Bandar Tasik Selatan (BTS) Putrajaya & Cyberjaya Salak Tinggi KLIA Bandar Tasik Selatan (BTS) 6.50
2.90
Putrajaya & Cyberjaya 14.00
6.30
8.00
3.60
Salak Tinggi 18.30
8.20
12.40
5.60
4.70
2.10
KLIA 55.00
25.00
38.40
17.30
9.40
4.20
4.90
2.20
KLIA2 55.00
25.00
38.40
17.30
9.40
4.20
4.90
2.20
2.00
1.00
Huruf tegak untuk harga tiket dewasa, manakala huruf condong untuk harga tiket kanak-kanak. Harga tiket pergi balik KLIA Transit adalah dua kali ganda harga tiket sehala, kecuali sektor KL Sentral-KLIA/KLIA2.
Untuk maklumat terperinci harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit termasuk harga TravelCard dan tambang konsesi untuk warga emas, OKU dan pelajar, sila layari laman Fares & Passes - KLIA Ekspres.
Jadual Perjalanan Tren ERL
Berikut adalah jadual perjalanan tren pertama dan tren terakhir KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar/jelas.
-
Jadual KLIA Ekspres
Kekerapan perjalanan adalah setiap 15 minit dalam waktu puncak, setiap 20 minit dalam waktu biasa, dan setiap 30 minit selepas tengah malam. Tempoh perjalanan ialah 28 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 33 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.
Untuk jadual tren KLIA Ekspres yang terperinci (yang memaparkan masa setiap perjalanan), sila rujuk Jadual Perkhidmatan Tren KLIA Ekspres di sini.
-
Jadual KLIA Transit
Jadual KLIA Transit baharu yang berkuatkuasa mulai 14 Mac 2018 adalah seperti berikut:
Kekerapan perjalanan adalah setiap 15 minit dalam waktu puncak, manakala setiap 30 minit dalam waktu biasa.
Untuk jadual tren KLIA Transit terperinci yang memaparkan waktu setiap perjalanan, sila download fail pdf Jadual Perkhidmatan Tren KLIA Transit di sini.
Semoga maklumat tentang jadual dan harga tiket KLIA Ekspres serta KLIA Transit ini bermanfaat buat para pembaca.
sumber: kliaekspres.com