Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Tarikh bayaran dan amaun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan persekutuan. Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan khas ini melibatkan penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan juga pesara kerajaan.

bayaran bonus khas aidilfitri penjawat awam 2023

Tarikh Dan Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri

Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan juga tarikh pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2023.

Nama Bantuan Tarikh Bayaran Amaun
Penjawat Awam Pesara Kerajaan
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Mac 2023 RM600 RM300

Semoga Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 untuk kakitangan awam ini akan dapat membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidillitri serta dijadikan sebagai penggalak untuk mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.