Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2027

|  0 comments

Jadual dan tarikh gaji 2027 penjawat awam. Gaji kakitangan kerajaan persekutuan lazimnya dibayar pada penghujung bulan dengan cara dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Bagi penjawat awam yang tertanya-tanya berapa haribulan gaji akan dikreditkan ke dalam akaun, berikut kami kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2027 untuk rujukan semua. Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam persekutuan ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia. Jadual ini bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penjawat awam boleh membuat semakan penyata gaji secara online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji masuk.

Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2027

Jadual gaji di bawah memaparkan maklumat bulan, tarikh dan hari gaji serta catatan nama serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika ada.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan
Jan 25.01.2027 Isnin ---
Feb 25.02.2027 Khamis Tahun Baharu Cina 6 & 7 Februari 2027 (Sabtu & Ahad)
Mac 25.03.2027 Khamis Hari Raya Puasa 10 & 11 Mac 2027 (Rabu & Khamis)
Apr 22.04.2027 Khamis ---
Mei 12.05.2027 Rabu Hari Raya Haji 17 & 18 Mei 2027 (Isnin & Selasa)
Jun 17.06.2027 Khamis ---
Jul 23.07.2027 Rabu ---
Ogo 21.08.2027 Rabu

---

Sep 23.09.2027 Khamis ---
Okt 21.10.2027 Khamis Hari Deepavali 28 Oktober 2027 (Khamis)
Nov 25.11.2027 Khamis Hari Deepavali - 8 November 2027 (Ahad)
Dis 20.12.2027 Isnin Hari Krismas 25 Disember 2027 (Sabtu)

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2027

Untuk perincian maklumat berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 5 Tahun 2026 - Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2027, yang boleh dimuat turun di pautan ini.

Jadual tarikh pembayaran gaji penjawat kakitangan awam kerajaan bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2027

Jadual tarikh gaji bulanan penjawat awam ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila rujuk portal rasmi ANM di www.anm.gov.my/index.php/utama untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan.

Diharap maklumat mengenai tarikh gaji bulanan kakitangan awam ini bermanfaat buat para pembaca khususnya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.

Ulasan ditutup